Thursday, November 13, 2008

Pengenalan Kepada KRT SFI

KRT - SFI ditubuhkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional ) pada 15hb. Febuari 2003. ( JPN.02/519/495.1 ) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran Am SFI dan Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional bahagian Sipitang.
Matlamat penubuhan KRT SFI ini ialah memberi peluang kepada semua warga SFI berinteraksi dalam suasana aman & harmoni di sampung mengujudkan satu semangat kejiranan dikalangan warga SFI bagi menjamin perpaduan dan keselamatan setempat terus kukuh. Selain itu KRT - SFI juga bertujuan menjalin & mengeratkan jalinan kerjasama (Networking) dengan individu, pemimpin setempat, RT lain & Jabatan-Jabatan kerajaan dan juga swasta dengan ini ia akan dapat membina kekuatan individu, keluarga & masyarakat

melalui penglibatan dalam kepelbagaian akiviti - aktiviti yang dianjurkan.
KRT - SFI mempunyai misi iaitu menjadikan KRT-SFI salah satu Kawasan Rukun Tetangga terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
KRT - SFI yang dipengerusikan oleh Pn Noor Hayaty Mustapha telah pun berjaya menganjurkan pelbagai program yang mampu memberi manfaat kepada penduduk sekitar terutama
golongan muda yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa depan. Selain itu aktiviti - aktiviti yang diatur juga dilihat dapat mengeratkan lagi perpaduan dikalangan penduduk SFI selaras dengan matlamat penubuhan KRT ini.

No comments: